Friday, June 1, 2012

::pap smear????::







haaaa taw tak apa tu ujian pap smear? ehem ehem meh mama si kembaq nk cite pasal pap smear... in general la kan, pap smear nie ujian pangkal rahim,ujian dilakukan untuk mengesan kanser pangkal rahim pada peringkan awal.... itu paling penting, untuk detect sebelum kanser tue jadi teruk.... sebab tue ade clause berbunyi "MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"..... so better p cek k....

aku dah jalani ujian ni... so anda bagaimana????



kebanyakan wanita tak menganggap ujian ini penting...sebab tue la ramai yg tak buat ujian nie...walaupon hakikatnya ianya penting...lagi-lagi ia melibatkan organ dalam badan kite,yang mana kite tak boleh dilihat secara kasar.... ( mama kembaq nie pon after 3years kahwin br p wat....hehehehe) bayangkan la ea, time mama p wat ujian tadi, leh plak la nurse tue suruh i ajak membe2, jiran2 mai wat ujian pap smear nie... nmpk sangat la ramai yg xwat kan....


ok la,nie warda share info dari KPMC Puchong mengenai ape tue pap smear..



Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks? 
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ? 
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
    • Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
    • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
    • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
    • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
    • Perokok
    • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. ( seeloknya datang pada tempoh 2minggu lepas 1st day period...td mama cek hari ke13 after 1st day period...and make sure period dah kering la..)
Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

mencegah lebih baik dari mengubati....







No comments:

Post a Comment