Tuesday, June 12, 2012

nasi impit kuah kacang

mood raya dah mai ker... hehehehe banyak la mmod raya ea, saje jer mama nak makan nasi impit kuah kacang...gara2 xsempat nk makan mase mak ngah wat ari tue... plan dah lama nk buat, cuma malam tadi baru dapat melaksanakan...and kebetulan ade membe nk mai malam tue, so leh la jamu makan gak...hehehe mama nie masak xde la teror mane,main campak2 ikut sedap tekak...hehehe amik resepi as panduan bahan, tapi last2 mama main agak2 gak tang kuantiti tue...hehehe nie resepi yang mama follow, boleh cek kt SINI....


Bahan-bahan (7-8 orang)

15 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1/2 inci lengkuas – dikisar
4-5 sudu cili kisar
3 batang serai – dititik
1 tin santan (125-150 mL)
1 keping gula Melaka
Gula dan garam
500g kacang tanah
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Separuh dikisar hancur dan separuh lagi dikisar separa hancur.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, santan dan serai. Kacau sekata dan masak selama 5 minit sebelum dimasukkan kacang tanah dan gula melaka. Masukkan sedikit air jika kering.
  4. Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit, sate atau cucur udang.

nie la hasilnya... buat sarapan pg td...siap tapau wat makan time lunch... hehhehehe




No comments:

Post a Comment