Wednesday, November 26, 2014

Performance Drink Shaklee ~ minuman elektrolit



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. hari ini nak share cerita tentang Performance Drink minuman tenaga dari shaklee. Rasa yang pasti Sedap sebab ade rasa-rasa oren kan. Kalau yang agak sukar nk minum air kosong boleh la amalkan minum Performance Drink ni. 

APA ITU PERFORMANCE DRINK? 
Performance Drink adalah minuman elektronit yang biasa diambil oleh atlet dan mereka yang gemar bersukan untuk mengembalikan cecair dalam badan bagi mengelakkan dari dehyadrasi. Fungsi elektronit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan.

Banyak minuman elektronit yang terdapat dipasaran yang lagi mudah, hanya minum selepas beli. tak payah susah-susah nak bancuh. Tapi Performance Drink ade keistimewaan yang tersendiri berbanding jenama-jenama lain yang ada dipasaran. APA KEISTIMEWAAN PERFORMANCE DRINK? 


  • Ia telah terbukti secar klinikal dapat menyokong tahap dehidrasi lebih cepat berbanding air putih.
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektronit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
  • Terbukti secara klinikal : Ujian makmal terhadap altet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan dalam meningkatkan stamina.
  • Campuraan Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga secara berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

TESTIMONI dari pengguna PERFORMANCE DRINK














SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 907610

Tuesday, November 25, 2014

Batik fun walk

               


Waaa nie first time nak join fun walk event nie... Rasa excited la plak nk tgg hari ahad nie... Nasib kakak ku offer join die, kalau tak memang tak de la merasa nk join event nie... Lama tak beriadah kan... Hopefully kids akan beri full cooperation la ea... Harap depa enjoy la berjalan2 bersama mama & mak yan depa tu... 
So ahad nie kita story balik mcm mana event nie berlangsung k... Kalau ade kawan-kawan nk join sempat lg daftar.. Bole pegi ke website www.penyayang.org.my atau pun walk in daftar masa event pon bole ...... 

Ermmmm kena stanby Performance drink nie nak bg badan cargas sikit... Hehehe ~~~~





Warda sain
Shaklee independent distributor
907610

Monday, November 24, 2014

pavlova si masam manis

khas entry kali ini untuk kawan-kawan yang bertanyakan resepi untuk pavlova yang super yummy nie... issshhhh teringat pavlova nie terasa la kesedapan pavlova tu kt tekak... alahaiii dah la mama dapat makan sikit ja gara-gara si kembaq pon suka makan... hehehe

jom sapa-sapa yang ade kerajinan nk try this super yummy resepi, kalau tak rajin bole la order je ea... hehehe sebenarnya resepi pavlova nie cukup simple, dengan bahan-bahan yang sangat mudah diperolehi... tapi rasa pavlova yang manis,gabung pulak ngan buah-buahan yang agak masam sedikit.... oohhhh mmg menyelerakan... makan plak sejuk ooohhh pavlova... hehehehe



Untuk Pavlova Disc:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
1 cawan gula castor (saya guna 3/4 cawan)
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung



Untuk Krim:
250ml whipping cream
(non-dairy whipping cream, saya guna jenama rich)
Buah2 kesukaan..
(cadangkan guna buah yg masam2 mcm strawberry, berries. peach 
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)





Cara2 membuatnya:



1. Make sure bowl kering... pastikan tiada sisa air, minyak sebagainya...
sebab nak buat meringue memang pantang bendasing... telur putih juga mesti takde sisa telur kuning (kalau ade terjatuh sikit kuning telur ambik sudu keluarkan ja kuning telur tu ok... hehehe
Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl....


2.Putar putih telur sampai berbuih cm keluar buih2 sabun tu dlu....
Bila dah berbuih2 sambil putar mixer baru masukkan gula sedikit demi sedikit ....
(tips: jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula okies kawan2)


3. Putar sehingga ia berkrim dan berkilat


4. Masukkan esen vanilla
(Tips: esen vanilla akan buatkan pavlova kita tidak hanyir bau telur.... dan sedappp)
Then putar lagi....

5. Ok putar sampai jadi bila kita angkat mcm bertanduk..... 
atau bila terbalikkan bowl... sure tak jatuh adunan tu dari bowl...
(cubalah terbalikkan.. hik3)..


6. Lepastu stop kan mixer.... masukkan tepung jagung dan juga cuka.


7. Guna senduk sahaja gaul2 bg sebati dah cukup tepung jagung dan cuka tadi.
8.Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag....

9. Alas Loyang dengan kertas minyak....Buat bulatan guna pensel ikutla loyang ke atau apa2 yg bulat...
ikut saiz yg dimahukan...
Picit piping bag sambil buat pusingan2 kecil mengikut arah jam.......


10. Penuhkan piping di bahagian dalam.. yg dalam tu tebalkan sedikit...
supaya bila kita potong nanti dalam dia ada struktur macam Marshmallow...
kalau nak buat 2 lapis.... buat 2 keping disc asing2.....

11.Panaskan Oven suhu 150 celsius...
Bakar selama 60-75 minit sehingga disc bertukar kepada perang...

12. Tips untuk Pavlova tak crack.... lepas dah masak tu... jangan keluarkan dr oven....tutup suis oven....Biarkan je dia sejuk dalam oven tu sendiri.....




Untuk Topping....

gambar dari hasil Google, whipping cream yang saya gunakan..


1.Whipping cream make sure sejuk... baru keluar dr fridge untuk putar...
masukkan whipping cream dan terus putar dengan kelajuan tinggi sampai dia soft peak... jadi bertanduk gak tapi tak terlalu kental....

Masukkan krim dalam piping bag dan boleh piping....
Lepastu hias dengan buah2 tadi...



muka budak-budak yang excited nk makan pavlova tapi xleh potong lagi kena tgg ayah balik keja.. hehehe .....


kita ngap dulu yang comel-comel nie... yummy









shaklee independent distributor
ID 907610

Happy anniversary

Alhamdulillah 21/11/2014 datang lagi.... Syukur ku masih diberi kesempatan bernafas dibumi ini..... Syukur masih dapat meraikan hari bersejarah ini...
5 tahun yang penuh suka duka... Alhamdulillah dapat ditempuhi bersama pasangan dan puteri-puteri serta putera tersayang... Terima kasih YA ALLAH atas kebahagiaan yang telah kamj perolehi... Semoga kami akan terus dilinpahi kebahagiaan hingga ke syurga...
Sayang ku Mohamad Sufie bin Hashim terima kasih sayang untuk semuanya... Anak-anak mama sekalian Noorsyaurah Afiqah, Noorsyaurah Afrina dan Mohamad Syakir Adli kalian adalah anugerah yang terhebat buat mama dan ayah... Jadilah anak yang soleh dan solehah... Sayang kalian semua
Buat kawan-kawan terima kasih atas doa dan ucapan... Semoga allah membalas segala kebaikan kalian...

 
Pavlova on our anniversary... Buat penuh kasih sayang ^_^

Cinta cinta hati ku

Happy 5th anniversary

Warda sain
Shaklee independent distributor
SID 907610

Monday, November 17, 2014

Cucuq kembung manis

Lama saya tak muncul dalam nie... Alahaiii habis bersawang rumah yang satu nie... Hehehe hari nak share resepi mudah yang enak dijadikan juadah sarapan atau pun minum petang... Menu ni sudah jadi salah satu kegemaran sikembaq tu... Laju je makan kalau mama buat cucuq nie... Alhamdulillah air tangan mama anak-anak suka...

Cucuq kembung manis

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
1/2 cawan susu
Secubit garam

Campurkan tepung, susu dan garam gaul sebati
Curahkan air panas (pastikan air betul-betul panas)
Gaul sebati menggunakan sudu
Bentukkan bulat siap utk digoreng



Sedap di makan panas dah sejuk pun stil sedap dimakan... Masih lembut dalam nye...

Boleh gak olah resepi tu jd cucuq ikan bilis... Cantik-cantik cucuq tu kembung2 nnt... Hehehe



Warda sain
Shaklee independent distributor
Mama's SA

Tuesday, July 1, 2014

JULAI SUDANG DATANG ^_^




sedar tak sedar masuk dah bulan JULAI... setengah tahun dah dilalui dengan penuh kesabaran.... alhamdulillah masih bernafas dibumi ALLAH nie.... julai nie bulan istimewa gak sebab my hero lahir bulan julai.... tarikh penting yang mama akan sentiasa ingat....INSYAALLAH semoga bulan ini akan dilalui dengan penuh ketabahan dan semoga bertambah keberkatan sempena bulan ramadhan kan..... semoga dibukakan seluasnya pintu rezki untuk kita semua....










ramadhan ke-2

alhamdulillah hari ke dua berpuasa dapat di harungi dengan jayanya.....  berpuasa time office hoir ok lg la, stay kat dalam office jer... hehehe dok dalam air-cond xde kena panas kan... hehehe waktu kerja time berpuasa nie dari jam 8am-4.30pm.... balik awal so dan la balik masak untuk juadah berbuka plak..... tapi simple jer la... letih nak masak pelik-pelik.... kena tgg cuti hujung minggu baru leh masak sedap2....
Jom jamu mata dengan hasil air tangan juadah berbuka hari kedua....


ayam goreng berempah

kentang dan tempe goreng

sayur kailan 






Sunday, June 29, 2014

1 ramadhan


Alhamdulillah selesai ramadhan pertama untuk tahun nie...... tahun nie tahun pertama berpuasa sebagai ibu yang meyusu.... alhamdulillah berjaya untuk hari pertama... ^_^ semoga terus bertahan untuk hari-hari yang mendatang.... hari pertama puasa jatuh hari ahad ok la leh balik berbuka puasa kt uma mak... berbuka ramai2 bersama adik beradik yang lain...

Menu untuk iftar hari pertama nie mama buat roti jala dengan kari daging.... alhamdulillah laku la juadah ku.... hehehe menu simple yang menyelerakan....

ROTI JALA

Bahan-bahan ~ Anggaran 10-15 orang.


450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur ~ di pukul sedikit 
450 ml air ~ sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air 
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala


Cara-cara


Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
Buatkan lubang di tengahnya.
Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.
Tapis dengan penapis halus.
Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus. 
Ketepikan adunan selama 20-30 minit. 
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan. 
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala. 
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.
Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan. 
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.
Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan. 







Friday, May 2, 2014

Siapa perlu meal shake


Ramai yang beranggapan meal shake hanya untuk kanak-kanak..... tapi sebenarnya meal shake sesuai untuk semua peringkat umur taw..... minuman multivitamin perasa  vanila yg memang superb sedap.... sure anak-anak suka la... hehehe kenapa ramai yg kaitkan meal shake dengan kanak-kanak???? haaaa sebab kebiasaannya kanak-kanak ni kan tidak gemar ataupon tidak suka pil.... belun tahu nk telam pil lagi kot, kalau yang kunyah-kunyah macam cheawable vitamin C ok la kot kan.... so bile kita sediakan mealshake dlm bentuk minum yang sedap pasti mereka tertarik.... meal shake  ni lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral serta kaya dengan protein.... abang-abang dan kakak-kakak yang tak suka ambil pil pon bole dan sesuai sangat la ambil meal shake nie.... easy to prepare ^_^ bancuh ngan air sejuk pastu leh la minum..... tapi sukatan orang dewasa dan kanak-kanak tue tak de la sama... 


kenapa kanak-kanak yang kerap demam perlu ambil meal shake???? meal shake dapat menguatkan sistem imunisasi kanak-kanak.. kebiasaan kanak-kanak yang dihantar ke taskan akan kerap demam sebab mudah berjangkit dengan kawan-kawan di taska... oleh itu sebagai langkah pencegahan perlu ibu ayah memikirkan sesuatu untuk meningkat sistem pertahanan anak-anak agar tidak mudah berjangkit dengan kanak-kanak yang lain. memang adalah lumrah bile anak-anak demam, tapi bile bilangan kekerapan demam itu makin bertambah adalah wajar untuk kita bertindak.... "mencegah lebih baik dari mengubati" kan... ^_^ 

ibu menyusu bayi dan ibu hamil pon boleh mengambil meal shake untuk keperluan vitamin dan protein untuk badan kita.. setiap makanan yang kita ambil kita akan kongsi untuk bayi yang disusui atau bayi yang didalam kandungan, oleh itu adalah wajar untuk kita mengmbil makan yang berkhasiat untuk badan kita... 

ni antara testimoni dari pengambilan mealshake...










berminat untuk mencuba product shaklee... boleh hubungi saya segera... ^_^


shaklee independent distributor
ID 907610
013-2530069 

Tuesday, April 29, 2014

HADHAPhotochallenge DONE ^_^





alhamdulillah selesai dah sahut cabaran photo challenge kt instagram last week anjuran Hadhatina dari Wahmilicious Adventure... cabaran bermula dari 21-27 April 2013. kalau post picture kt instagram xde masalah la sbb mmg suke post pic kt insta cuma dis time kena make sure post picture berdasarkan topic of the day....


day 1: 21/4/2013 at my office desk


day 2: 22/4/2013 #OOTD bawal aidijuma dan baju kurung


day 3: 23/4/2013 kids, my precious lovely twin


day 4: 24/4/2013 inspired quote special gift from my mentor


day 5: 25/4/2013 current reading, xabis2 lg bace buku nie... hehehehe


 day 6: 26/4/2013 food, post nie lewat sikit post sbb terlupa.... hehehehe speacial untuk mak kt kg, kari daging rusa



day 7: 27/4/2013 night, night view dr tingkt 9 rumah ku.... hehehe









shaklee independent distributor
ID 907610
013-2530069

Monday, April 14, 2014

CHOC MOIST CAKE MELTY CHEESE



kalau tekak nie teringin nk makan kek coklat selalu la buat kek coklat tanpa telur resepi asal dr blog dayang jack..... resepi ini sangat simple tapi sangat sedap taw.... banyak kali dh buat guna resepi nie... one of my favorite gak nie... sedap walaupon di makan kosong tanpa topping... ^_^ semalan teringin nk mkn kek coklat nie ngan cheese.... letak dlm  bekas kecik2 so senang nk ngap... hehehehehe


Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum*

1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)

1 sk serbuk penaik*

1/2 sk soda bikarbonat*

1/4 sk garam

3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)

1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung

3/4 cawan air kopi panas

1/3 cawan susu segar

1 sk esen vanilla

1 sk cuka / jus lemon (prefer guna cuka)

Cara-cara :

Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. 

Panaskan oven pada suhu 170-180 C.

Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.
Masukkan gula dan kacau rata-rata. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula.

Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)

Tapiskan adunan. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.

Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).

Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.



Resepi melty cheese

250gram cream cheese ( sy guna philadelphia) *

½ cawan susu pekat manis ( ikut kemanisan yg digemari) *

½ cawan fresh milk / full krim milk / susu sejat *

1 cawan whipping cream

Cara-cara:

Pukul bahan bertanda * hingga kembang dan sebati kemudian ketepikan

Pukul whipping cream hingga kembang kemudian boleh satukan bahan cream cheese td.
















Thursday, February 20, 2014

spaghetti sardine aglio olio

last week makan aglio olio kt pizza hut midvalley, macam sedap jer kan.... tue yang tangan nie meronta-ronta jer nk try masak.... lagi pon spaghetti aglio olio paling senang nk buat rasany, bahan pon xde la banyak nk guna.... hehehehe antara rajin ngan malas jer kan... ^_^  mengenangkan ade leftover (baki) saardin lauk dinner kelmarin so mama pon merajinkan diri wat aglio olio sardine pagi ni untuk bekal mama.... 


bahan-bahan

1/2 paket spaghetti 
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil oregano
5 batang cili padi
sardine
minyak zaitun (untuk menumis)

cara-cara

Panadkan air didalam periuk hingga mendidih. masukkan garam dan minyak sedikit dan rebus spaghetti lebih kurang 10 minit. tapis dan ketepikan
panaskan kuali, tuang minyak zaitun. tumis bawang putih dan cili padi kemudia sardine dan oregano..
akhir sekali masukkan spaghetti yang telah direbus tadi gaul rata dan perasakan dengan garam.... siap untuk dihidang...

selamat menjamu selera













Tuesday, February 11, 2014

Karnival karangkraft

Post tertunda..... hehehehehe peristiwa sabtu lalu 8/2/2014, jalan2 ke karnival karangkraft di seksyen 15, shah alam..... tujuan utama adalah untuk membeli buku cerita cinta ahmad ammar.... selain tue nk gak beli novel2 melayu kan ade offer.... hehehehe

"Membaca jambatan ilmu"

oohhh ya siap renew lesen lg kt sana sbb kebetulan jpj turut serta kt karnival tue.... jimat masa nk p jpj kan.... dpt la renew lesen and dpt la lesen yg baru tue.... hehehehe bijak bijak bijak

SET KESIHATAN OPTIMUM

badan sering2 rasa letih apabila seharian kerja diluar (office) dan malam pula dirumah.... bagi sorng ibu pula, kerja dr awal celik mata hingga tengah malam.... ^_^ semua kita buat atas dasar tanggung jawab dan kasish sayang kita kepada keluarga... sebab itu kita memerlukan makanan tambahan untuk memberi kita tenaga.... menambah kekurangan nutrisi dalam badan kita agar kita lebih sehat... suplement menjadi pelengkap kepada badan kita, ia bertindak mengikut keperluan badan setiap individu....
set asas untuk kesihatan yang dicadangkan adalah VITALEA,B-COMPLEX dan VITAMIN C..... insyaallah set ini dapat memberi tenaga dan mengekalkan kesihatan kita.... 

Vitalea with Iron Formula
  • Multivitamin dan Multimineral yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
  • Juga disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina.
  • Tablet yang terpantas di dunia untuk larut di dalam air dan tubuh badan manusia. (Jadi penyerapannya dalam badan kita amat cepat maka cepat jugalah kita dapat merasa kesannya).
  • Sebagai pelengkap nutrisi bagi sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan zat dan mineral dalam badan akibat amalan diet yang tidak seimbang dan sangat sesuai juga bagi pengamal “vegetarian” serta mereka yang mengalami Anemia (Low hB) kerana terdapat Zat Besi di dalam suplemen ini. (Sangat membantu bagi ibu-ibu hamil yang Low hB..).
  • Disebabkan formulanya yang lengkap, Vitalea dapat memberi tenaga dan membantu kecergasan dalam menjalani kehidupan seharian.
B-Complex with Folic Acid
  • Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, asid folik dan 100% biotin.
  • Penting untuk mengambil diet harian yang mengandungi unsur B-Complex setiap hari kerana Vitamin B larut air dan mudah dikeluarkan dari tubuh badan melalui sistem pencernaan.
  • B-Complex penting untuk tukarkan makanan kepada tenaga dan membantu penghadaman dan dapat mengurangkan masalah kelesuan dan keletihan.
  • Dapat melawan tekanan (stress) dan dikatakan dapat memastikan kesihatan sistem saraf, melegakan sakit kepala (boleh diambil bersama 4 biji Ostematrix bagi ikhtiar untuk sakit kepala, migrain) dan dapat bantu kemurungan.
  • 100% Biotin dapat membantu sihatkan rambut yang sering gugur dan beruban serta bantu masalah kelemumur.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Boleh diamalkan bagi mereka yang merancang untuk hamil kerana mengandungi Asid Folik.
  • Baik untuk mata dan juga boleh membantu meredakan masalah PMS ketika datang bulan.
Sustained Release Vita C Plus 500mg
  • Merangsang pembentukan kolagen yang secara tak langsung mampu mengelakkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik. Jadinya kulit akan sentiasa rasa anjal dan rasa muda.
  • Memulihkan kecederaan dengan cepat kerana ia boleh membaiki simptom pendarahan yang sekaligus dapat mengelakkan lebam di kulit dan mengelakkan penyakit gusi berdarah.
  • Sebagai antiokdisan yang membantu melawan radikal bebas dan melawan sel-sel kanser. Juga dapat meningkatkan sistem imun di mana dapat membantu dalam melawan alergi, asma, flu dan selsema. (Sekiranya anda rasa macam nak demam atau selsema boleh ambil lebih Vitamin C dan InsyaALLAH anda akan kembali pulih dengan izin Allah sekaligus dapat mengelakkan kita dari mengambil pil-pil penahan sakit atau antibiotik yang tidak baik boleh memudaratkan tubuh badan kita dalam jangkamasa yang panjang).
  • Jika mengambil Vitamin C secara konsisten setiap hari, ia mampu melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi yang menyebabkan jeragat. Kulit akan kelihatan lebih licin, lembap dan cerah berseri.
  • Dipercayai dapat juga membantu mereka yang mengalami insomnia dan keresahan.
  • Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yang sihat sekaligus menghindarkan arterisklerosis, skurvi, hidung berdarah dan pendarahan dalaman.




Thursday, February 6, 2014

BREASRFEEDING JOURNEY


 MOHAMAD SYAKIR ADLI BIN MOHAMAD SUFIE


Alhamdulillah misi penyusuan untuk anak yg seterusnya berjalan dengan lancar setakat ini.... memang dari sebelum preggy lg dah tanam niat untuk perbetulkan kesilapan pada kakak kembaq dulu... kembaq dulu mama hanya mampu bagi susu ibu sampai setahun jer, itu pon dalam setahun mama campur gak ngan susu formula.... for sure im sad coz tak dapat bagi the best for my twin.... hukhukhuk  T_T  ape pon syukur alhamdulillah ade juga sedikit susu mama yang mengalir dlm tubuh mereka.... ^_^ sejak itu mama dh berazam untuk perbaiki diri, nk menyusukan next bby sepenuhnya dengan susu ibu.....

Alhamdulillah sekarang my baby boy syakir adli dah hampir 7 bulan (9/2/2014 genap 7 bulan) dan syakir masih minum susu mama sepenuhnya.... ^_^ bukan nye mudah untuk menjayakan misi ini tetap ianya bukanlah juga sesuatu yang mustahil lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja... paling penting mesti ada ilmu, kalau tak ade ilmu tentang penyususan dan semangat serta keazaman yang kuat susah gak la.... alhamdulillah dah melepasi tempoh 6 bulan pertama syakir exclusive breastfeed, yang bermaksud hanya minum susu ibu tanpa bg makanan or minuman lain walaupon air kosong...

ramai yang bertanya macam mana nak banyakkan susu... ramai juga yang bertanya makan apa untuk memperbanyakkan susu ibu...senyum dulu sebelum daku menjawab segala persoalan tentang susu ibu... memang saya akui ade banyak petua untuk memperbanyakkan susu dan ada juga makanan tambahan ( supplement ) yang membantu memperbanyakkan susu ibu... walau ape pon saya kerap menekankan tentang konsep asas dalam penyusuan...kalau konsep asas breastfeeding pon tak taw susah la... 
demand vs supply semakin banyak permintaan (kekerapan anak menyusu atau kekerapan kita pam) semakain banyak la pengeluaran... jadual untuk pam pun penting dalam penghasilan susu ibu.... sebab itu selalu saya nasihatkan kawan2 untuk ikut jadual pam yang mereka sendri telah buat... minda kita mengawal segalanya, bila kita melakukan aktiviti pam secara berjadual secara automatik minda kita akan set pd waktu ini akan ada permintaan dan perlu ade pengeluaran... ^_^ 

jangan mengharap susu yang banyak jika kita tiada usaha yang gigah..... selain itu kena tahu ape itu power pumping.... salah satu langkah yang perlu diambil bile hasil merundum..... ape tu power pumping ??? boleh rujuk artikel sebelum ini di SINI.

walau apa pon berdoa la semoga sentiasa dimurahkan rezki untuk anak2 kita... sesungguhnya ini hak mereka... ^_^








shaklee independent distributor
907610
013-2530069