Thursday, February 6, 2014

BREASRFEEDING JOURNEY


 MOHAMAD SYAKIR ADLI BIN MOHAMAD SUFIE


Alhamdulillah misi penyusuan untuk anak yg seterusnya berjalan dengan lancar setakat ini.... memang dari sebelum preggy lg dah tanam niat untuk perbetulkan kesilapan pada kakak kembaq dulu... kembaq dulu mama hanya mampu bagi susu ibu sampai setahun jer, itu pon dalam setahun mama campur gak ngan susu formula.... for sure im sad coz tak dapat bagi the best for my twin.... hukhukhuk  T_T  ape pon syukur alhamdulillah ade juga sedikit susu mama yang mengalir dlm tubuh mereka.... ^_^ sejak itu mama dh berazam untuk perbaiki diri, nk menyusukan next bby sepenuhnya dengan susu ibu.....

Alhamdulillah sekarang my baby boy syakir adli dah hampir 7 bulan (9/2/2014 genap 7 bulan) dan syakir masih minum susu mama sepenuhnya.... ^_^ bukan nye mudah untuk menjayakan misi ini tetap ianya bukanlah juga sesuatu yang mustahil lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja... paling penting mesti ada ilmu, kalau tak ade ilmu tentang penyususan dan semangat serta keazaman yang kuat susah gak la.... alhamdulillah dah melepasi tempoh 6 bulan pertama syakir exclusive breastfeed, yang bermaksud hanya minum susu ibu tanpa bg makanan or minuman lain walaupon air kosong...

ramai yang bertanya macam mana nak banyakkan susu... ramai juga yang bertanya makan apa untuk memperbanyakkan susu ibu...senyum dulu sebelum daku menjawab segala persoalan tentang susu ibu... memang saya akui ade banyak petua untuk memperbanyakkan susu dan ada juga makanan tambahan ( supplement ) yang membantu memperbanyakkan susu ibu... walau ape pon saya kerap menekankan tentang konsep asas dalam penyusuan...kalau konsep asas breastfeeding pon tak taw susah la... 
demand vs supply semakin banyak permintaan (kekerapan anak menyusu atau kekerapan kita pam) semakain banyak la pengeluaran... jadual untuk pam pun penting dalam penghasilan susu ibu.... sebab itu selalu saya nasihatkan kawan2 untuk ikut jadual pam yang mereka sendri telah buat... minda kita mengawal segalanya, bila kita melakukan aktiviti pam secara berjadual secara automatik minda kita akan set pd waktu ini akan ada permintaan dan perlu ade pengeluaran... ^_^ 

jangan mengharap susu yang banyak jika kita tiada usaha yang gigah..... selain itu kena tahu ape itu power pumping.... salah satu langkah yang perlu diambil bile hasil merundum..... ape tu power pumping ??? boleh rujuk artikel sebelum ini di SINI.

walau apa pon berdoa la semoga sentiasa dimurahkan rezki untuk anak2 kita... sesungguhnya ini hak mereka... ^_^








shaklee independent distributor
907610
013-2530069

No comments:

Post a Comment