Thursday, May 10, 2012

KUIH KASTURI a.k.a KUIH RENGAS a.k.a KUIH KACANG HIJAU

mama syaurah kembali...yeeaahhh~~~ hehehe so busy with the twin, dengan kerja opis la...xberkesempatan la mama si kembaq nie nk ber blog bagai.... ari nie kembali ngan entry2 masakan plak.... bagai rajin mencuba berbagai2 resepi....mane la taw ade rezki leh jd kan business kan... ari nie saya nk tulis entry pasal kuih tradisional dulu.... KUIH KASTURI, tue name yg aku selalu panggil la...setelah di goggle, name lain yg aku jumpa KUIH RENGAS @ KUIH KACANG HIJAU... hehehehe 

KUIH KASTURI

Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung gandum
1 s/k kunyit serbuk
1 bj telur

1 s/b margerin
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. sediakan bancuhan tepung untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dengan tepung tadi hingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan




No comments:

Post a Comment