Friday, January 10, 2014

kepentingan kalsium




Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga penting untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan pengucupan otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis.


Berapakah jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan kita?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.


susu dan segala produk tenusu merupakan sumber kalsium yang kita ketahui. Namun, terdapat juga segelintir pengguna yang tidak menggemari produk tenusu terutama bagi ibu-ibu hamil yang mengalami alahan ataupun mual-mual apabila meminum susu. kalsium amat penting untuk ibu-ibu hamil serta uuntuk bayi dalam kandungan. tetapi kawan-kawan jangan binbang sebab terdapat sumber-sumber makanan lain yang mengandungi kalsium kalsium selain susu iaitu sayur-sayuran hijau (seperti sawi,kailan, brokoli), makanan laut (seperti ikan sardin dan iakan salmon) ataupon kekacang (seperti kacang almond, kacang soya atau kacang kuda)



contoh sumber lain yang mengandungi kalsium



pengalaman saya sendri ketika mengandung kali kedua iaitu ketika mengandungkan syakir, saya akan mual setiap kali saya cuba untuk minum susu. Beberapa kali cuba namun tetap juga mual dan akan muntah selepas minum susu. Saya lebihkan mengambil kekacang dan sayuran hijau terutama sawi setiap hari. Selain itu saya mengambil makanan tambahan kalsium dari shaklee iaitu Ostematrix. Ostematrix adalah pil kasium terbaik yang saya amalkan kerana kandungan pil ostematrix bukan sahaja terdapat khasiat kalsium malah magnesium, vitamin D (membantu penyerapan kalsium), Boron dan mangan,zink dan tembaga. Alhamdulillah tiada rasa sakit pinggang yang teruk sepajang tempoh kehamilan berbanding kehamilan yang pertama dulu... kehamilan pertama amalkan pil kalsium dr hospital, tetapi tetap mengalami sakit pinggang yang teruk.. nak baring beralaskan toto pun tak boleh.... Alhamdulillah sehingga kini saya saya masih mengamalkan pengambilan ostematrix untuk kesihatan tulang mama dan baby yang masih meyusu susu ibu.. ^_^






















shaklee independent distributor
ID 907610
013-2530069

No comments:

Post a Comment