Monday, January 6, 2014

KEK LAPIS CHEESE PERSONA

Assalammualaikum 

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan pada hari ini... hari ni nk share resepi simple yang pasti rasa sungguh sedap.. lagi-lagi kalau anda peminat cheese, ini pilihan mudah untuk kalian... hehehehe 

sebenarnya projek buat kek ni nak buat bersama si kembaq, tapi depa dah tidoq so mama la buat sorng2... nk postpone buat tak boleh gak sebab mama yang dah terbayang kek nie.... kecur air liur dok rasa-rasa cheese kt tekak nie... hahahahaha 




KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Simple kan resepi.... semua org leh buat... jamu kt anak2 pasti mereka suka... ^^

4 comments:

  1. Replies
    1. sedap dan simple.... bole la try taw....

      Delete
  2. Mcm resepi sy penah buat...tp sy guna biskut cheese...nak try guna biskut marrie plak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu guna biskut cheese mst lg sedap kan.... nnt akak nk try biskut cheese la.... ^^

      Delete