Saturday, August 3, 2013

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Apa dia joint/sendi ni?

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang temulang yang memberi sokongan dan membantu kita bergerak. Ia terdiri dari tulang rawan (yang lembut tu), ligamen, tendon, dan cecair sinovia (sebagai pelincir) yang beri keselesaan dan bantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini yang sebabkan joint discomfort.

Pasti setiap orang pernah rasa joint discomfort kan? Kalau parents kita yang tua memang lagilah biasa.. macam kita sendiri, duduk lama-lama mengadap computer pasti sakit menangkap tulang belakang, tengkuk, lutut dll. Jadi, joint tablet ni boleh melegakan dan membantu..dan mengikut clinical test yang di buat, kesannya dah boleh dilihat / dirasai seawal 5 hari selepas penggunaan.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Bagaimana ia bertindak?

Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:

1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

2. Bertindak sebagai 'kusyen': Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit2 sendi..Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

Wednesday, July 24, 2013

Kelahiran hero idaman...

Detik2 indah untuk diingat... 9 july 2013 seawal jam 5am mama dh rasa sakit2 perut... tp sebb xde pengalaman mama pendamkan saja sorg2 menahan sakit... berulang gak p toilet sbb cm rasa nk buang air (nasib xde jd ape2 kan...) lama tue menaham sakit sampai pagi....
Kebetulan pagi 9 july 2013 mama ade appoinment di PPUM jam 8.30am.... selesai hantar anak2 kembar ku ke taska mama po trus p PPUM.... hari ini org xramai sgt, selesai daftar and ambik nombor terus p wat CTG dulu... sbb mama dh over due 3 hari harinie.... dr result CTG mmg dh nmpk ade contraction tp xkuat... lepas wat CTG tgh la turn nk jmp doc..... doc pon kate contraction xkuat lg.... mama pon nmpk kuat sbb leh jalan lg... hehehehe doc pon bg taw mai lg 9hari serah diri klu xde tanda2 lain lg... tp doc ckp sbb dh ade tanda sehari dua lg bersalin la kot...

Ok la settle jmp doc mama n ayah pon p la mk  kt cafe dlm PPUM tue gak.... sbb kami xsarapan lg pg tue, mama ja dan minum ESP shaklee jer.... so kami mkn la nasi goreng... mama dh makin xselesa sbb makin rasa sakit.... huhuhu selesai mkn konon2 nk balik la... bgn jer dr duduk mama rasa ade cecair yg byk kuar.... aiiiiyoooo cuak dh muka time tue.... ckp kt ayah ade air kuar, nk p toilet la cek.... cek kt toilet mmg ade air kuar, penuh panty liner tue basah....

Xjd la nk balik, masuk balik klinik nk jmp doc semula.... masuk jer bilik doc, bg taw ape yg berlaku rhen doc suruh baring tuk cek bukaan.... sekali doc cek pecah terus air ketuban.... bukaan dh 5cm time tue.... 11am terus la kena usung masuk bilik bersalin...

Penantian dan dugaan sebenar bermula dr detik 11.30 am.... hanya ALLAH jer tempat bergantung.... sakit contraction tue makin lama makin kuat... makin terasa sakitnya... 2jam lebih bertarung nyawa... akhirnya 1.51pm lahirlah hero mama... SYUKUR Alhamdulillah...

MOHAMAD SYAKIR ADLI BIN MOHAMAD SUFIE
9.7.2013
3.14 KG
48CM

Thursday, July 4, 2013

PROMO JULAI ------->>> GLA COMPLEX



ape itu GLA COMPLEX ???

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Khasiat dan kebaikan GLA COMPLEX SHAKLEE :

- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- Membantu meningkatkan kesuburan
- Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
- Membantu dalam menangani menopus
- Menguatkan kuku dan rambut
- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- Membantu menangai ekzema
- Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- Menguatkan imuniti tubuh
- Memperlahankan proses penuaan
- Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
- Mengawal kencing manis dan darah tinggi
- Mengawal kolesterol
- Untuk fungsi saraf






ramai telah mencuba, alhamdulillah hasilnya sangat ok...



 

 testimoni pengguna GLA untuk hamil..... tahniah




 testimoni pengguna GLA untuk mengatasi masalah period.. (hasil yg POWER, period teratur,berat turun & kulit muka licin)


berminat untuk mencuba dan dapatkan harga istimewa.... bole hubungi saya wakil shaklee anda...

warda sain
013-2530069 ( sms/whatsapp)
mawardah85@gmail.com

KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA!!!!!!!




risau rasa lemah dan tidak bertenaga sepanjang menjalani ibadat puasa nanti... bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak-anak anda, adalah risau production susu akan berkurang di bulan puasa nnt....ape kate kawan2 cuba set TRIPLET GEM dari SHAKLEE nie.... insyaallah badan akan lebig bertenaga sepanjang 1 hari berpuasa... bile badan kekal bertenaga insyaallah production susu pon tidak akan berkurang.
   
APE YANG ADE DALAM SET TRIPLE GEM??
=====================================

TRIPLE GEM adelah hasil gabungan mantap ESP ( ENERGIZING SOY PROTEIN), MEAL SHAKE, PERFORMANCE DRINK. dengan gabungan 3 product dr SHAKLEE ini insyaallah boleh memberi tenaga berpanjangan kepada anda.


APE KELEBIHAN TRIPLE GEM??
==========================

Energizing Soy Protein

♥ Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
♥ Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
♥ Membekalkan tenaga,
♥ Memberikan rasa kenyang
♥ Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
♥ Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
♥ Membanyakkan susu badan (milkbooster)
♥ Membantu mengekalkan kepejalan otot
♥ Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
♥ mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Mealshakes

♥ Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
♥ Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
♥ Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
♥ Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
♥ Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Performance Drink

♥ Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
♥ Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
♥ Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
♥ Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
♥ Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
♥ membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum diwaktu berpuasa.



berminat untuk mencuba.... hubungi saya shaklee independent distributor (SID) yg sah.


warda sain
shaklee id 907610
013-2530069
mawardah85@gmail.com

Tuesday, June 18, 2013

Testimoni meal shake

Waa lagi 2minggu offer dh nk tamat nie.... lepas nie harga back to normal la kawan-kawan.... sempat lg klu nk order nie....

Nie saya nk share 1 daripada testimoni pengguna meal shake....

Jgn segan silu hubungi saya... wakil shaklee and...
::Warda sain::mawardah85@gmail.com::013-2530069::

Friday, June 14, 2013

MEAL SHAKE

Meal shakes sesuai utk memastikan anak dpt nutrien yg mencukupi. Boleh jadikan mealshakes sebagai pelengkap nutrien mereka. Org dewasa pun boleh ambil. Ibu menyusu pun boleh ambil.
Cara minum dia adalah bancuh sahaja dgn air biasa/ jus/milo/ campur dlm susu formula anak, tak perlu air panas dikhuatiri rosakkan vitamin dia. 


MEALSHAKES:
  • Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya MUDAH DISERAP untuk kegunaan harian.
  • Diperbuat dari bahan semulajadi  iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain2.
  • Lactalbumin - bahan yang TERBAIK dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.
  • Nutrisi lengkap - Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen antioksida.
  • Kaya dengan SERAT LARUT untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus. boleh menangani masalah sembelit pada kanak-kanak.
  • Sangat lazat dengan perasa FRENCH VANILA.
  •  Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • Siapa yang perlu ambil?? Untuk semua golongan dari kanak2 1 tahun keatas hingga warga emas, pelajar, kanak-kanak yg membesar, ibu mengandung, para atlet, orang yang sibuk bekerja dan lain-lain.
Mealshake ni juga bagus untuk ibu yg tgh alahan yang tak lalu makan. Dia seperti multivitamin juga. So, sesiapa yg nak order mealshakes ni boleh order melalui saya. 

warda sain
whatsapp/sms
013-253 0069

Thursday, April 4, 2013

ESP Shaklee





menu sarapan mama pagi tadi... ESP + milo

favorite mama bile ambik ESP ni mesti dengan milo or horliks.... memang sangat-sangat yummy la... ramai member member bagi review campur ESP dengan horliks sedap jugak... tapi mama tak berkesempatan nank test.... hehehehe nnt nk cuba gak la, kalau kena ngan selera boleh gak tambah menu ESP mama kan... hehehehe 

Meh mama nk share kebaikan dan khasiat ESP nie..... ESP nie hot stuff kt shaklee, memang tinggi permintaannya untuk ESP ni, antara sebab utamanya kerana ESP membantu penyerapan vitamin-vitamin lain secara optimum. 


ESP adalah protin. Protin membina sel-sel baru dan menggantikan sel-sel lama. Sebab tu sesiapa yang mengamalkan ESP ini dalam tempoh kitaran 21 hari akan nampak perubahan di wajah (sel lama digantikan dengan sel baru), manakala sel badan akan digantikan dalam kitaran 90 hari.



Mengapakah ESP Shaklee ini istimewa?
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
ESP ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan  9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala kandungna Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Tahukah anda?

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat ESP:
1. Awet Muda - Asid amino penting dalam membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Apa itu Asid Amino?
- Protin terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

- Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.


2. Baik untuk hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
4. Kulit yang cantik - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
5. Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
 
6. Pembekal tenaga -  Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun-baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
7. Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Mengapakah Protin Penting?

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormonn dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.
****