kalau tekak nie teringin nk makan kek coklat selalu la buat kek coklat tanpa telur resepi asal dr blog dayang jack..... resepi ini sangat simple tapi sangat sedap taw.... banyak kali dh buat guna resepi nie... one of my favorite gak nie... sedap walaupon di makan kosong tanpa topping... ^_^ semalan teringin nk mkn kek coklat nie ngan cheese.... letak dlm bekas kecik2 so senang nk ngap... hehehehehe
Kek Coklat Tanpa
Telur
Bahan-bahan :
1 cawan tepung
gandum*
1/3 cawan serbuk
koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sk serbuk penaik*
1/2 sk soda
bikarbonat*
1/4 sk garam
3/4 cawan gula
pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak
masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi
panas
1/3 cawan susu
segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus
lemon (prefer guna cuka)
Cara-cara :
Sediakan loyang
kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Panaskan oven pada suhu
170-180 C.
Di dalam mangkuk
adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.
Masukkan gula dan
kacau rata-rata. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah
dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula.
Kacau mengikut arah
pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
Tapiskan adunan.
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2
adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak.
(suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak,
sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
Resepi melty cheese
250gram cream
cheese ( sy guna philadelphia) *
½ cawan susu pekat
manis ( ikut kemanisan yg digemari) *
½ cawan fresh milk
/ full krim milk / susu sejat *
1 cawan whipping
cream
Cara-cara:
Pukul bahan
bertanda * hingga kembang dan sebati kemudian ketepikan
Pukul whipping
cream hingga kembang kemudian boleh satukan bahan cream cheese td.
No comments:
Post a Comment