Wednesday, November 21, 2012
3rd anniversary
Wednesday, November 7, 2012
ALONG ANGAH
hadiah paling bermakna tuk anniversary ke-3 kami yg bakal tiba hujung buln nie... ALHAMDULILLAH SYUKUR...
p/s: pasnie jd along ngan angah la ea dak twin... hehehehe
Saturday, October 27, 2012
Salam aidiladha
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Monday, October 22, 2012
kek coklat tanpa telur ( super moist)
Kek Coklat Tanpa Telur
Bahan-bahan : loyang kecil
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1/2 sk soda bikarbonat*
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)
Cara-cara :
Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
Tapiskan adunan.
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.
Resepi Ganache
Bahan-bahan : anggaran shj
- 200 g coklat masakan (dipotong kecil2)
- 125 ml susu segar
- 50 g butter (dipotong kecil2)
- 50 g gula icing
- sedikit esen vanilla
Satukan mentega dan coklat masak di dlm periuk dan cairkan. Kemudian tuangkan susu dan masukkan gula icing. Kacau perlahan2 dengan menggunakan kaedah double boil. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi hingga pekat dan berkilat. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke atas kek.
notakaki: klu rasa mls nk bake sendri, leh la order jer kt mama kembaq nie... heheheh
Friday, October 19, 2012
TIPS ~ baking
MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH?
Soalan:
Apabila saya membuat kek suatu ketika dulu kek tu masak tapi dia lembap di tengah ada kesan minyak semacam tidak cukup masak, tolong beritau apakah sebabnya?
Jawapan:
Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek. Kek yg lembab di tengah menunjukkan sukatan mentega terlampau banyak atau anda telah membiarkan mentega terlalu lama di luar (ia menjadi cair sedikit).
Tambah 3-4 camca bsr tepung naik sendiri, insyaAllah kek akan kembang elok. Jika permukaan kek menjadi keperangan terlalu cepat, tutup longgar dengan kertas timah (aluminium foil) sehingga kek masak. Pastikan guna api atas dan bawah hanya jika anda memasang “kipas” pada dinding belakang oven. Jika tiada kipas, memadai menggunakan api bawah saja, suhu 190 C.
KELAJUAN MEMUKUL TELUR
Soalan:
Sebenarnya kurang pasti apakah kelajuan yang sebenarnya untuk memukul telur, mentega, gula dan sebagainya untuk membuat biskut dan kek. Yang saya tahu tepung tidak boleh dipukul laju. Walaupun kek saya menjadi tetapi ia tidak naik sepenuhnya. Harap puan boleh membantu saya.
Jawapan:
Untuk membuat biskut, memadai dengan memukul perlahan hingga sebati. Tidak perlu menggunakan mesin kecuali ingin menyediakan dalam kuantiti yg banyak.
Manakala untuk kek pula, pasti ia dipukul perlahan hingga sebati kemudian dipukul tahap sederhana selama 3-4 min sebelum diputar maksima selama 6-7 min atau hingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak mengambil masa terlalu lama. Jika jenis hand mixer, anda perlu memastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji
baru dimasukkan sebiji demi sebiji telur. Pastikan adunan dipukul rata setelah memasukkan telur setiap kali. Bila masukkan tepung, memadai perlahan saja, bubuh berselang-seli dengan cecair (susu, jus dll).
KENAPA KEK SAYA TENGGELAM?
Soalan:
Saya ada membuat kek mengikut resepi yang diberikan dan langkah-langkahnya tetapi kek saya biasanya naik dan kemudian tenggelam di tengah, mengapa?
Jawapan:
Mungkin disebabkan:
(1) suhu ketuhar terlalu tinggi
(2) gula dan mentega tidak cukup gebu
(3) kek belum cukup masak/masa membakar terlalu pendek
(4) kedudukan rak iaitu sebaik-baiknya, tin kek di bahagian tengah ketuhar
(5) terlebih penggunaan serbuk penaik
KEK MEREKAH
Soalan:
Kenapa kek cokelat yang saya buat selalu merekah dah keras dan kadang² hangus di bahagian atas? Suhu yang saya letak 180 C selama lebih kurang sejam.
Jawapan:
Mungkin oven anda ada elemen pemanas di sebelah atas, itulah sebabnya ia mudah hangus. Sudah berapa lama anda gunakan oven itu? Mungkin suhunya tidak begitu tepat lagi. Cuba kurangkan ke 170 C dan lihat hasilnya. Untuk mengelak bahagian atas hangus, tutup longgar dengan foil setelah 20 min kek dimasukkan ke dalam oven. (Letak
foil atas tin, tak perlu mengemaskan bahagian tepinya).
KEK SERING HANGUS
Soalan:
Apabila saya membakar kek menggunakan microwave convection oven (Panasonic), seringkali kek saya hangus di bahagian tepi manakala bahagian tengahnya belum masak lagi. Sementara menunggu bahagian tengahnya masak, kek tersebut telah merekah di bahagian tengahnya dan mengambil masa yang lama untuk masak. Adakah kerana acuan yang tidak cukup besar (kek melimpah) ataupun suhu yang terlalu tinggi?
Jawapan:
Adakah anda menggunakan bekas empat segi atau bulat? Jika dalam bekas empat segi, anda perlu membungkus keempat-empat penjuru bekas dengan kepingan kecil aluminium foil (bungkus kemas, bahagian berkilat di sebelah dalam). Ini akan menghalang penjuru kek dari hangus. Seelok-eloknya, gunakan acuan yg besar supaya kek cepat masak dan
kek itu seharusnya setebal kira-kira 5-6 cm sahaja. Cuba dengan suhu 170 C, okey?
Soalan:
Saya telah mencuba untuk membuat kek kukus buah-buahan, tapi tiap kali selesai kek nya akan termasuk menjadi seperti lobang dibahagian tengah. Bolehkah beritahu di mana silapnya dan kalau boleh berikan saya resepi yang betul.
Jawapan:
Kek kukus puan berlubang di tengahnya mungkin kerana tepungnya tidak mencukupi. Pastikan juga puan menambah air kukusan dengan air panas. Jika air sejuk, perubahan suhu akan menyebabkan kek itu tidak naik dengan elok. Kek jenis ini selalunya lebih keras sedikit adunannya daripada kek biasa yg dibakar di dalam ketuhar.
Soalan:
Saya ada membelikan resepi Kek Kukus Buah baru-baru ini. Kerap kali terjadi apabila saya membakar kek coklat, pada awal pembakaran kek naik tinggi tetapi apabila sudah masak kek akan turun menjunam dan permukaan atasnya akan
kelihatan hodoh. kenapa?
Jawapan:
Banyak faktor yang menyebabkan kek ‘jatuh’. Contohnya, kekurangan tepung, terlebih gula atau suhu ketuhar terlalu tinggi. Suhu tinggi juga membuat permukaan kek tidak rata. Jika kandungan serbuk penaik agak berlebihan, kek memang akan kembang semasa panas tetapi mengecut bila mulai sejuk. Saya tidak pasti sama ada kek coklat yang puan buat, gunakan air/susu kerana melalui pengalaman saya, permukaan kek jenis ini selalunya memang tidak rata. Ia ada kena mengena dengan kelembapan kandungan kek tersebut. Jika permukaannya tidak cantik dan hendak menghiasnya, potong bahagian yang tidak cantik itu (ratakan permukaan) dan terbalikkan kek. Lazimnya, ia akan dihias di
bahagian bawahnya yang lebih rata.
Apakah gunanya ovallete dalam adunan kek?
Ovalette akan memberikan tekstur yang halus pada kek terutama kek span yang menggunakan cecair (air atau jus buah-buahan atau susu cair). Antara jenama lain yang biasa bagi menggantikannya ialah Quick 75 dan jilk (yang lebih kuat dari segi reaksi dengan bahan-bahan kek yang lain).
Apakah bahan yang boleh menggantikan ovalette apabila membuat kek supaya lebih gebu?
Jika tidak mahu menggunakan ovalette, pastikan anda memukul telur dan gula hingga kembang dan ringan (bila membuat kek span). Untuk kek yg memerlukan anda memukul mentega dan gula, tidak perlu memasukkan ovalette, sebenarnya. Anda boleh cuba cara ini: asingkan kuning dan putih telur. Masukkan kuning ke dalam adunan (seperti biasa). Manakala putih telur dipukul dengan sedikit garam @ setengah sudu jus limau nipis(menggantikan krim tartar) hingga kental. Kemudian kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan mentega sebelum dibakar.
Berapa lama masa yang sesuai untuk memukul butter+gula, telur seterusnya tepung?
Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur sedikit. INi bergantung pada kelajuan mesin pemutar letrik yang anda gunakan. Selalunya, mula memukul pada tahan perlahan. Berhenti dan pastikan bahan-bahan di tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar kelajuan maksimum selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi 3 minit. Ulang sekali lagi dan putar lagi. Bila adunan nampak ringan (pucat sedikit warnanya), baru dimasukkan sebiji telur, pukul 2 minit, tambah telur sebiji lagi, pukul dan buat hingga habis.
Gunakan senduk kayu untuk memasukkan tepung (bahagikan kpd 4 bahagian dan masukkan satu bahagian pada satu masa.)
Apakah perbezaan telur gred A dan gred B?
Telur Gred A lebih besar dari Gred B. Sukatannya tidak ketara jika adunannya sedikit saja atau ketika menggunakan kuningnya saja. Apakah perbezaan kesan penggunaan telur ayam kampung dalam adunan kek? Telur kuning di dalam telur ayam kampung lebih terang warnanya. Telur ayam kampung selalunya agak kecil dibandingkan dengan telur Gred A, jadi, mungkin anda mesti menambah bilangan telur bila membuat kek dll. Secara amnya, sebiji telur Gred B, selepas dipukul, anggaran 60 ml (1/4 cawan = 63 ml) atau 4 camca besar (1 camb = 15 ml).
Saya tidak faham bagaimana cara untuk membalik kaup kek.
Cara ‘kaup-balik’ kek lazimnya menggunakan senduk kayu. Pegang senduk dengan kemas dan pada satu arah saja kerana ia tidak boleh dipusing-pusingkan ketika melakukan proses ini. Jika hendak ‘kaup-balik’ putih telur ke dalam adunan kek, masukkan 1/4 bahagian terlebih dulu. Buatkan bentuk angka ’8′ yang ‘agak leper’ sambil menyatukan putih telur (atau tepung) ke dalam adunan. Jangan gangkat senduk terlalu tinggi atau memutar adunan (bentuk bulat). Sebaik-baiknya, perhatikan cara seorang chef melakukannya kerana ia amat mudah jika dilihat sendiri (secara praktikal dan/atau di TV).
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘jadikan meringue’/kaup balik ?
Untuk membuat ‘meringue’, pastikan pemutar letrik & mangkuk bebas dari minyak (bilas dengan air panas & lap dengan kain bersih). Pukul putih telur (pastikan tiada langsung sedikit kuningnya yg masuk sekali) pada kelajuan sederhana sambil dimasukkan sedikit demi sedikit gula (1 camb sekali masuk). Bila semua gula habis dimasukkan, barulah diputar pada kelajuan maksimum hingga adunan putih telur kental. (Bila terbalikkan mangkuk, tidak tumpah). Kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek keju supaya kek nanti ringan.
Kalau guna teknik masuk telur satu persatu ke dlm adunan, cuma pukul sampai agak rata dan kelajuan perlahan sahaja.
Terover beat telur, maka akan terjadilah kejadian adunan akan nampak mcm berair. Tp, kdg2 bergantung juga kpd saiz telur. Telur gred A mmg byk kandungan putih telur. Telur gred B mmg biasanya org gunakan sb seimbang. Kalau ada masa, bole cuba resipi yg sama tp menggunakan saiz telur yg berlainan. Hasil n tekstur kek ada skit berbeza..Begitu juga jika guna telur yg segar n yg tidak segar. Kalau guna teknik asingkan telur kuning n telur putih pula. Kuning telur kena masuk satu persatu ke dlm adunan dgn kelajuan slow (1). Sementara putih telur pula, dipukul sampai kembang hingga ditebalikkan tak jatuh dlm bekas yg bersih. Pastu barulah masukkan ke dlm adunan kek.
2- Teknik asas nih mmg diguna pakai jika kek menggunakan telur. Terpulang kita nak mengolahnya mcmana.
Bagaimana hendak membuat kek chiffon supaya tidak turun?
‘Kek Chiffon’ “turun” kerana putih telur tidak dipukul hingga cukup kerasnya. Semasa kaupbalik ke dalam adunan, pastikan ketulan putih telur masih kelihatan dan tidak mencampurkan hingga sebati semuanya. Bila telah masak, terbalikkan dan biar kek keluar dengan sendiri.
Kek Chiffon sangat sensitif kerana anda perlu memastikan putih telur naik kental supaya kek tidak turun. Ini bermakna, mangkuk dan pemutar letrik mesti bebas dari sebarang minyak dll. Bilas dengan air panas dan lap dengan tuala bersih. Masukkan kek ke dalam oven sebaik saja selesai dibuat. Jika dibiarkan di luar ‘menunggu’ selama 5 min pun, putih telur akan “mendap” dan kek akan berat. Sebaik saja masak, ia mesti diterbalikkan supaya bahagian tengahnya tidak turun. Bila sejuk baru dikeluarkan dari tinnya. Jika inginkan perasa oren, tambah 1 camca teh parutan kulit oren dan jus oren yg sama banyak dengan jus pandan.
Apa akan terjadi pada kek sekiranya kita mengantikan mentega dengan marjerin?
Bezanya, kek yang menggunakan mentega (terutama yang kandungan krim susunya tinggi – lebih mahal), lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingati, jika mentega dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak. Kek yang menggunakan marjerin tidak begitu wangi seperti kek mentega. Ia juga tidak ‘selemak’ kek mentega. Jika anda memilih marjerin (timbang kilo) atau ‘kurang berjenama’, rasa kek juga tidak enak. Kebanyakan marjerin begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya, adunan tidak kembang elok.
Berapakah sukatan tepung gandum dan baking powder yang tepat untuk menggantikan tepung naik sendiri.?
Untuk menggantikan tepung naik sendiri, tambah 1 sudu teh (gunakan sudu khas) dengan 250 g tepung gandum.
**KOLEKSI SOAL JAWAB DARI ALAF 21
Thursday, October 11, 2012
tempahan red valvet
Bhn2 nya:500 gm tepung pau(sy guna jnama Blue Key),80gm gula halus,80 gm sortening,mauripan/yis 2 sdt,baking powder 2 sdt,200 gm air suam dan 20 pcs krtas putih (utk lapik pau)
Cara2 nya:
2)Tuang bncuhan yis td ke dlm mngkuk berisi tepung scara perlahan smbil diuli
3)Gaulkn perlahan hngga x ada yg mlekat kt mngkuk
4)Teruskn mnguli slama 15 mnt utk dptkn pau yg cntik dan gebu
5)Ambil doh,bulatkn dan tmbang stiap satu 40gm@agak2 jer..:-)
6)Canaikn doh yg bulat n letakkn inti mngikut citarasa msing2..
7)Susun ats krtas dan biarkn doh mngembang(jgn lupa ttp doh utk pngembangan)
8)Kukus slama 10 mnt dgn api kuat/shngga masak..
inti kacang merah
450g (1Ib) kacang merah..saya guna kacang jenis kecil2
3-4 helai daun pandan
10 cawan air
1 1/2 cawan minyak
600g gula ( 1 1/2Ib) gula
1 camca teh esen vanila
Cara-cara:
1. Bersihkan kacang merah dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air
2.Masak selama 40 minit sehingga kacang empuk
3. Angkat kacang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat. Jika terlalu kering dan payah hendak dikisar, campurkan sedikit air panas.
4. Panaskan minyak di kuali. Tuangkan kacang dan masukkan gula. Masak dengan dikacau selalu sehingga pes kacang hampir kering.
5. Masukkan esen vanila. Keluarkan ke dalam mangkuk dan sejukkan.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan bila sejuk buatkan guli2 kecil dengan digolek secamca teh inti kacang di atas tapak tangan.
20 SEPTEMBER 2012 ~ happy birthday girls~


Wednesday, August 29, 2012
11 syawal
lepas doktor inform kena operate, so get ready dok kt wheelchair tue.... nurse pon tolak la mama naik tingkat atas, bilik persediaan b4 g bilik bedah (OT).....en.asben kena tgg kt luar ja time nie... kena tgg 6-8 hour sebelom kena bedah...sbb nk bg makanan hadam... ( ala, pg td sempat mkn roti sekeping ja pon.. huhuhu) so ikut plan dlm kul 4 lbh la kot br nk p OT.... so dalam bilik persediaan tue siap dah pakai bj tuk org operation nie...pastue depa pasang alat yg tuk dgr denyutan baby tue....ape tah name process tue lupa plak mama... hehehehe bosan mennunggu taw, depn tue jam...dok hitung detik2 ja... huhuhuhu kul 3 lbh, denyutan nadi si kembq agak lari2....risau depa lemas or ape2 kemungkinan... so terus la tolak p ke OT.... perasaan time nie lg la SUPER DUPER NERVOUS taw.... huhuhuhu lg xsyiok kuar dr bilik persediaan tue, time depa tolak nk p OT...cr2 asben xdek.... huaahuuaahuaa.... rupanya en.suami balik balai sat, sbb dah abis waktu keja die... so nk serah ape2 yg patut la kan... huhuhuhu
alhamdulillah urusan pembedahan tak de ape2 problem....... sape yg takut sakit bersalin, p la operate...hehehehe taw2 ja baby dah kuar... heheheheh tp aku nk rasa feel bersalin normal plak..... bile la ea.... hikhikhik ok back to the story, 1st time nurse tunjuk the 1st twin tue.... ohhh sgt la terharu, dlm hati ckp im a mother now.... sebak ja...... ape pon SYUKUR ALHAMDULILLAH sebab semuanya selamat.... si kembaq lahir pon sehat.....
sangat indah detik2 tu kan.... oohhhh rindu saat2 ade bby.. hehehehe~~~
Tuesday, August 28, 2012
Raya 2012
Sunday, July 22, 2012
Salam ramadhan
Hari ke dua ramadhan....belom terlmbt tuk mama ucapkan salam ramadhan buat semua umat islam...hari pertama and kedua ramadhan ku di felda lubuk merbau... Abang nk sambut puasa with mak di kg....walaupon jauh,sbb xdak cuti...balik gak la weeknd jer....hehehe
Semoga ramadhan kali nie lebih memberi keberkatan kepada diri ku dan family...semoga dpt membuat lebih amal ibadat...amin..
Tuesday, June 19, 2012
Makin cerdik
Sedar xsedar dah 21bulan @ 1 tahun 9 bulan si kembaq SYAURAH jd anak2 mama & ayah.... Sungguh besar anugerah ALLAH tue kan....walaupon besar dugaan yg perlu ditempuh, besar juga nikmat yg daku rasai sekarang.... Makin besar makin cerdik...byk akal anak2 nie....walaupon kadang2 berasap gak mama dengan perangai mereka nie....hehehe
Adik and kakak, same jer....sikit2 nk gaduh..ade jer yg direbutkan...hehehe last2 mama ambik dua2 xdpt main... =p
Kejadian hari ni..... Kakak tidq dulu dr adik....abis mama layan masterchef, p la angkat kakak masuk bilik....adik xtidoq lg time nie.... Die main2 lg ngan mama kt depan.... Hehehe dh pent main mama buatkan susu,mama suruh la baring kt depan tue... Bijak nye die leh tunjuk bilik nk tidq same2 ngan kakak.... Alahai anak.... Seronok mama tgk anak2 yg membesar ngan cerdik.... Semoga anak2 mama menjadi insan berguna... Amin
Saturday, June 16, 2012
Red valver cake
Bahan2;
2 1/2 cup tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik (diayak sekali dgn tepung kek 2 ke 3 kali)
2 sudu besar serbuk koko (biasanya guna van houten)
pewarna merah (campur dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk pada suhu bilik (cara buat buttermilk ada kt bwh)
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil soda bikarbonat
bhn utk Buttermilk;
1 cup (240 ml) susu full cream
1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
bhn utk cream cheese frosting;
2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
2 sudu kecil esen vanila
2 cup icing sugar seeloknya diayak
Cara2;
(ikut step dgn betul)
-mula2 buat BUTTERMILK : campur cuka atau jus lemon dgn susu dan biarkan lebih kurang 15-20 minit. Kacau dulu sebelum guna.
-step utk buat kek;
-sapu butter pada 2 biji acuan bentuk bulat.
-Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
-Ayak tepung kek dgn serbuk penaik dalam satu bekas sederhana.
-Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah hingga jadi pes. gaul hingga x berketul.
-Dalam satu bekas besar pukul butter dgn gula smpai kembang.
-Masuk telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi.
-Ratakan campuran sambil memukul.
-Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata,
kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi.
-Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian masuk tepung yang selebihnya.
-Campurkan cuka dengan soda bikarbonat dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih terus masukn dalam adunan kek dan gaul rata kemudian tuang adunan dalam loyang dan bakar.
Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Bila cucuk
dengan lidi dah bersih jer, terus keluarkan dari oven.
Sejukkan kek dlm 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. biar kek betul2 sejuk sebelum letak frosting.
Cara2 buat cream cheese frosting :
-Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambah gula icing dan esen vanila.
-sewaktu nak letak frosting terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yg rata belah atas, sapu frosting
-lepas tu letakkan kek yang kedua atas kek yg dah disapu frosting. bahagian rata hadap ke bwh. so lapisan frosting tu nti bila potong nmpak cantik sebab prmukaan rata bertemu rata.
-kemudian sapu frosting di seluruh kek.
*tp yg ni sy cuma letak cream cheese kat lapisan tgh. sy pakai buttercream tuk sapu keseluruhan kek sebab nak jimat cream cheese kehkeh.. dan nak rasa camne rasanya bila pki buttercream. mmg la lg sdp klu pki cream cheese semua.. tp jimat cream cheese bila letak kat tgh jer. sy cuma pki setengah buku jer.
*hiasan tu sy tabur coklat putih yg dikikis..dan merah2 kat ats kek tu habuk kek sebnarnye..
kek ni sedap mkn sejuk..lepas kuar dr peti ais biar sekejap supaya dia lembut baru hidang..
~selamat mencuba~
Homemade ice cream
Sebelum nie mama ade post dah entry pasal ice cream nie...tp mama xdan nk post picture sbb mama xdan nk snap gambo ice cream dah abis mama & ayah si kembaq nie mkn....
Kali nie sbb sempat abis, mama snap gmbo siap2...hehehehe meh jamu mate ea....
Thursday, June 14, 2012
yuran keahlian
new memo dah di keluarkan untuk kutipan yuran keahlian.... yela kena la ade yuran, baru la kelab ade fund nk buat event kan.... oh ya, our club dah berdaftar taw... hehehehe YURAN KEAHLIAN (seumur hidup) RM15 and YURAN TAHUNAN, RM5 untuk setiap ahli keluar..( macam mama, nie ade 4 beranak so RM5 x 4 = RM20 la.. )
insyaallah semoga kelab ini akan bergerak maju dan memberi sumbangan serta membantu ahli-ahlinya.... walaupon masih tempoh bertatih, tp good gob semua ahli jawatan kuasa...
so kepada kawan2 ku yang ade anak kembar, or diri kamu sendri kembar mai la jenguk2 info or aktiviti kami di laman sosial fabebook or jenguk web kami... THANKS kawan2... love uols
Wednesday, June 13, 2012
Homemade ice cream
Percubaan pertama ku buat ice cream.... Bukan eskrem pop tue taw...hehehe saje2 suke wat tuk kepuasan...bukan la daku ni kedek sgt nk beli ice cream kan.... Tp result and resepi sok la daku update sbb kena tgg la 8-9 jam nk bg ice cream tue keras.... X sabaq sebenarnya nk tgg hasil usaha ku nie...hehehe
Updated...14/6//2012
Dah merasa and menghabiskkn ice cream ku.... En.suami suka,sedap katenye...hehehe xdan nk snap picture ice cream tue...xpe nnt wat lg ea...yuummmy
Tuesday, June 12, 2012
Boleh ker?????
Malam nie aktiviti ngan dak kembar layan masterchef pastue layan bola la...malaysia vs singapore... Hehe go go malaysia...
update-13/6/2012 9.22am
pagi nie buka blog dari pc... yes entry testing mama malam td ade dlm nie...mean leh la mama guna application blogger tue kan... hehehehe leh la mama update blog walaupon hari cuti kan...insyaallah klu idea mai and ade story kan..... yes thanks my friend yang suggest ku download that application... oh ya, mama amik application nie dr android market ja... tak pon leh install dari google play... try this link BLOGGER
nasi impit kuah kacang
Bahan-bahan (7-8 orang)
2 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1/2 inci lengkuas – dikisar
4-5 sudu cili kisar
3 batang serai – dititik
1 tin santan (125-150 mL)
1 keping gula Melaka
Gula dan garam
500g kacang tanah
Minyak masak untuk menumis
- Goreng kacang tanah tanpa minyak. Separuh dikisar hancur dan separuh lagi dikisar separa hancur.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, santan dan serai. Kacau sekata dan masak selama 5 minit sebelum dimasukkan kacang tanah dan gula melaka. Masukkan sedikit air jika kering.
- Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit, sate atau cucur udang.
Friday, June 8, 2012
kek marble
8 oz mentega (250 gram)
6 oz tepung gandum (akak guna superfine) 188 gram
6 oz gula castor - gula ni akak kurangkan lagi sbb akak ni tak suka kek yg manis sgt 188gram
5 biji telur dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (akak guna coklat emulco dan oren emulco)
Cara membuat:
Tepung diayak bersama baking powder.
Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dlm adunan putih telur dan pukul hingga rata.
Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung skit2 dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emluco pilihan anda.
Guna loyang 8 in persegi selang seli masukkan adunan tadi dimulai dgn adunan asal.
Bakar pd suhu 180C selama 45 min atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing2.
* Tips: Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunnakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.
jom main~~
Wednesday, June 6, 2012
puding roti dengan sos kastard
10 keping roti
Mentega
300 ml susu cair
300 ml susu segar
1 ct esen vanila
2 biji telur
150 g gula castor
kismis/mix fruit
Cara:
1.Sapukan mentega pada roti dan dipotong².
2. Lenserkan loyang dan letak roti berselang dengan mix fruit dan gula castor. Pastikan top layer ada mix fruit dan gula.
3. Pukul telur bersama susu cair, susu segar dan esen vanila.
4. Masukkan ke dalam roti dan rendamkan selama 1 jam.
5. Cubit 3 atau 4 ketul mentega dan letak berselerak di atas roti yg sudah terendam.
6. Bakar pada suhu 150C selama 40 minit.
zoo negara
wahhhh so busy la... keja bertimbun dah tak lalu nak buat rasanya... hehehehe tapi kena gak kasi settle sebab ni la punca rezki kan... alhamdulillah~~~ oh ya hari sabtu lepas 2/3/2012 daku bawak si kembaq buah hati kesayangan mama and ayah ke zoo negara...masa untuk mengenal haiwan la kekononnya... sampai jmp zirafah dan gajah...ingahkan si kembaq excited, sekali depa takut da..... hehehehe memang senapan petang la mama ari tue... puas jalan kaki pusing zoo tue...sampai xlarat dah rasanya, yela ade masa-masa si kembaq nie penat xmo jalan, mama kena la dukung....pehhh~~~ bukan kaki ja lenguh, tangan pon lenguh cm tue kan... hahahahah ok la meh cuci mate tgk gambo2 yang sempat daku snap ea...