Sunday, June 29, 2014

1 ramadhan


Alhamdulillah selesai ramadhan pertama untuk tahun nie...... tahun nie tahun pertama berpuasa sebagai ibu yang meyusu.... alhamdulillah berjaya untuk hari pertama... ^_^ semoga terus bertahan untuk hari-hari yang mendatang.... hari pertama puasa jatuh hari ahad ok la leh balik berbuka puasa kt uma mak... berbuka ramai2 bersama adik beradik yang lain...

Menu untuk iftar hari pertama nie mama buat roti jala dengan kari daging.... alhamdulillah laku la juadah ku.... hehehe menu simple yang menyelerakan....

ROTI JALA

Bahan-bahan ~ Anggaran 10-15 orang.


450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur ~ di pukul sedikit 
450 ml air ~ sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air 
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala


Cara-cara


Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
Buatkan lubang di tengahnya.
Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.
Tapis dengan penapis halus.
Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus. 
Ketepikan adunan selama 20-30 minit. 
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan. 
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala. 
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.
Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan. 
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.
Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.